The Naughty First Semester In Kolej Mara Seremban

Assalamu'alaikum...

Setelah sekian lama ... sudah habis pun satu sem di Kolej Mara Seremban .... aku berjaya meluangkan satu masa untuk menaipkan sebuah entry ....

Maka bermulalah sedikit ulasan berkenaan KOLEJ MARA SEREMBAN ...

baiklah . hari pertama aku , dah demam . maka aku tidak pergi dan skip beberapa taklimat . aku diletakkan di bilik 207 Aminuddin . bersama dua orang lagi kawannya aku iaitu Din dengan Irfan . dua2 sporting orangnya . banyak masa kami dihabiskan bersama . irfan ni kaki dota , din ni plak kaki melukis , aku plak kaki gambar . hahaha . kami tiga ada kelebihan yg tersendiri . seronok beb dengan depa ni . wuwuwuwwww .... oke dah pasal roomate . banyak lagi nak cerita ni . hehe .

Irfan........................................................................................Udin


so , apabila berlangsungnya minggu orientasi yang masih berjalan biarpun bulan puasa , aku berkenalan la dengan beberapa rakan IB dan AL . sememangnya masa orientasi ni , letih sangat sebab bulan puasa kan . tapi apabila bergaul dengan semua rakan2 yang mampu speaking , well educated macam mereka ni , aku kadang2 rasa tercabar . semua dalam group aku ni gempak2 belaka . haishhh . tension2 . hehe . share la sikit gambar grup aku . jap .

Kekok bersama mereka . muka bersih !

maka , selepas dari orientasi yang amat seronok itu . hahaha . seronok la sangat . dah la bulan puasa . grr . bermula la kehidupan aku sebagai IB student . hmm . mula-mula tak faham sangat apa benda IB ni kan . rupanya lepas dah kena explain dua tiga kali . naaaahhh baru la aku faham ... yeayy ! ! subjek yang aku amek ialah Malay Language SL , English Language SL , ITGS SL , Physics HL , Chemistry HL dannnnn Mathematics HL . ada cikgu kata kalu nak pegi UK , kena amek MATH HL . so aku amek la HL untuk subjek tu walaupun boleh ja nak amek SL . tapi ~ aku lemah ENGLISH . hahaha . so aku amekla SL ja untuk subjek english . yeahhh .. tu pasal subjek . KELAS ? aku masuk kelas IB103 . kelas yang dipenuhi bakal cikgu . sebuah kelas yang pada pendapat aku mempunyai sebuah suasana pembelajaran yang sama seperti aku di SMKA Nibong Tebal dan SBPI Gopeng . tak jauh sangat pun . sebijik . heheee . sejujurnya , aku dah selesa dan biasa dengan suasana kelas ni . tapi . pernah aku terniat dalam hati nak cuba benda baru . cuba suasana baru apabila masuk dalam KMS ni . tapi apakan daya . KMS ni memang mengamalkan budaya ISLAM yang amat kuat . bagus la kan . bukan tak suka . tapi syukur . Alhamdulillah . aku takda masalah nak adapt dengan suasana pembelajaran di KMS . yeahhhhhh ! <3 IB103

sebahagian rakan sekelas aku . laki sahaja . =)


dan . . .

aku juga telah menyertai Edu Club . sebuah kelab yang paling(?) sibuk dalam KMS . menurut penjelasan asal , kelab ni akan membuat aktiviti bersama budak sekolah rendah . hahaha ! so aku memang excited la . aku memang suka budak2 ni haaa . maka dengan itu . aku join la kelab ni . hehe . setiap jumaat minggu kedua mesti kami ada buat program . untuk sem satu lah . untuk sem dua katanya setiap minggu . kena keluar sana sini buat program untuk adik2 di luar sana . hahahahhh ... dalam pemantauan aku, mereka yang ada dalam kelab ni kebanyakannya hyper aktif yang amat . mereka ni semangat dalam melakukan setiap kerja . hehe . tapi aku ni , macam biasa la . tangkap gambar ja lah . memang kerja aku pon . biarpun kadang2 rasa awkward orang lain buat kerja , aku ni dok buat benda lain . hohoho . cuma kadang2 ada la rajin sikit tolong2 gitu haaa . maka aku akan share la sikit gambar ahli Edu Club untuk batch aku ye .

selfie ketika meeting pertama .

semua ada. kecuali beberapa orang . maaf .

orait . cukup sudah .

aku minat sangat dalam bola sepak .... hehe KMS ni walaupun semua budak pandai , team bola tetap ada tau x ? haha . aku masuk la team ni . jadi defend la . CB macam biasa . game team ni masih belum cukup matang , sebab semua main cara lain2 kan . dan tiba2 , kena main sama2 . nak capai keserasian tu dalam mulut boleh la kata , tapi nak capai yang betul2 , susah sangat . training pon belum perfect , tak apa . yang pentingnya , team ni akan berjaya nanti . kankan ? untuk next year lah kot . best jugak team ni sebenarnya . jujur . tapi keserasian kurang . susah . share lah jugak ye team bola KMS . jap jap . hehe .

gambar untuk setiap game yang kami main . 4 baju . wuu . find me !

so sekarang . selain aku buat benda2 alah ni suma . aku jugak join Kaleidoskop . ataupun dulu orang panggil sidang redaksi la . buat majalah sekian2 . hahahahaa . first time dengar nama tu , aku la paling semangat sekali . memang minat pon kan . aku join pun sebab minat . tau minat ? macam biasa la . tangkap gambar kan minat aku .  tak kisah la macam mana pon , aku letih ka , penat macam mana pon , kalau pasal gambar2 ni , aku akan buat dengan penuh semangat . namun begitu, memang agak meletihkan buat kerja2 tangkap gambar setiap event seperti Action Week (gambar menanti) dan lain2 lagi . tapi apakan daya , tangkap gambar ni memang dah jadi satu kepuasan untuk akuu . yeay ! ! ! action week ni memang best weh . tak tipu . semua orang bersatu menjadi satu . tu tu tu . haahaaa .. semangat dia lain macam beb . taktau nak explain macam mana . meh datang sini . rasa sendiri . =)

sebut pasal action week yang gilang gemilang, rasa macam nak share sikit la gambar2 yang aku tangkap masa action week tu . hmm hmmm . jap ye .

Kak Auni . =) 

Team Sabah (team aku) membuat gimik . wuwuwww..

Aktiviti dari Sarawak . lompat tingtongtengtung.

HDR orang-orang . 

HDR Wau dan Tangki.

wahhhh ~ best kan tengok action week ni ? yeahhh . memang best pon . cas hour pon berlungguk kutip . hehehe . tapi action week ni agak meletihkan la . nama pon WEEK kan . so aku kena tangkap gambar 1 WEEK tu . sampai demam dibuatnya . aduyai . hehehe . bukan aku sorang ja yang letih ,semua orang letih . tapi letih dia tak sama la dengan aku ni . hahaha .

seterusnya , dikhaskan kepada bakal pendatang Kolej Mara Seremban nanti , KMS ni mempunyai beberapa view yang amat cantik . ada la sikit yang sempat aku tangkap . nak la aku share sedikit beberapa pemandangan di KMS yg sempat aku ambik dalam bentuk HDR . ni yang dekat bahagia asrama ja . belom kat blok akademik . coming soon . =P

view siang dewan selera.
nightview pulak .

view koridor blok aminuddin




view dalam ds . makan kat sini !
view jalan yang akan digunakan ke blok akademik . 

LAHUMA . tempat menghabiskan duit malam2 .

rajin kan aku ? haha . sejujurnya la, gambar ni aku amek sebab aku tension . otak tak boleh berjalan . hang . pikap hilang . semua jadi . sooo , aku amek kamera Pojan , jalan keluar bilik , tangkap gambar ni semua . ada banyak gambar kan ? 7 gambar , 7 kali tension . time exam ni ! hehe . tak termasuk gambar yang aku tak publish . =) walaubagaimanapun , tension aku ni tak la sampai jadi gila2 . sebab aku ada kawan2 kolej yang amat sporting . hahahaa . nak la jugak share gambar kawan2 aku yang mantop ! yeah .

Farizal , Aku , Farhan Kamal .

sebut berkenaan exam, alhamdulillah ... exam aku berjaya dihabiskan dengan jayanya . selama 2 minggu exam , tiada halangan yang betul2 menganggu aku kecual gigi yang berlubang . aku buat exam tu ala kadar saja . entah la jadi ke idok . harapkan result final exam sem satu nanti berkadaran la dengan usaha yang diberikan ye . soooo .... idea dah habis ... moleklah kalau aku habiskan entry untuk sem 1 ni . Sekian . Harap gambar siapa2 yang takda dalam ni tak terasa lah ye . terima kasih. Assalamu'alaikum .

2 comments: