TKB XXORA FC

Bismillah ~

hmm . mesti tertanya kan , apa tu TKB XXORA FC ?
sebenarnya, itu adalah nama kepada sebuah kelab yang aku main . main apa ?

BOLA SEPAK laa. takkan bola jaring kot .

hehehehe . sedikit berkenaan kelab ini , sebenarnya kelab ini adalah hasil sepakat daripada penduduk Taman Kuala Bekah (TKB) dan sebuah syarikat yang ada nama XXORA .  tak tau sangat . haha . tak kisah la camna pon . =D sebut pasal kelab ni , lama gak lah sebenarnya dah ditubuhkan , semenjak 2009 kot. hahaha . kotkot .

tapi . . . .
mulai pada tahun 2013/2014 , aku mula aktif main untuk team senior kelab ni . dulu main team junior2 ja . dah lama sikit , baru la naik taraf . yeay . so , rasanya inilah masanya aku nak perkenalkan mereka . =D now !


TKB XXORA FC . =D
tudiaaa . dah nampak kan ?
nak perkenalkan tak ? rasanya tak payah la kot kan ? buang masa ja .
hahaha . gmbar coach takdak ni . abang azam kita takdak . japgi la boh .

ehem2.
dalam ramai2 tu , yang paling rapat dan memang kami dari kecik main sekali ada duaorang .
dalam team ni jugak, aku main posisi STOPPER atau CB (center-back).
aku main dengan sorang la kawan aku yang muda setahun , nama dia Fais . ( empat dari kiri )
kami main sekali dua orang lama dah , tahap keserasian tu boleh tahan la . kami kenal dari sekolah rendah lagi . SK TAMAN SENANGAN . permulaan bola sepak aku . hahaha . dan Fais tu sebenarnya ialah anak kepada seorang pemain bola Malaysia sezaman dengan arwah Mokhtar Dahari . setiap petang kami main futsal sama2 . kadang2 satu team , kadang2 tak .

selain dia ni , ada lagi sorang yang rapat , orang panggil dia Udin .
dari kecik dulu memang musuh ketat la , geng kami , suka la nak bertembung dengan geng udin ni tiap2 petang . hohoho . udin ni yang duduk no dua dari kiri . =D comel tak ? -___- dia main posisi bek kiri/kanan , dua2 boleh . tagline dia . " boleh tu boleh boleh " . mesti tak faham kan ? kami ja yang faham . hehehe . jap. terasa nak upload la plak gambar depa .


UDIN (kiri) , FAIS (kanan) 

dah tengok dah kan ?
oke rasanya cukup la kot pasal kami ni . berbalik kepada kelab ni , pengurus kelab ini diberi nama Noor Azam . laki tau . bukan pompuan . hohohoho . beliau banyak sangat membantu aku dalam meningkatkan prestasi aku dalam bola sepak . nak tengok muka dia tak ? hehehe . time ni la nak pekena abang azam . boh gambaq cantik punyaaa ~ =D

ini dia ....
big bos kita ..
berkaca mata plak tuuu . 
hehehehe .
nak tahu tak apa spesialnya abang azam ?
beliau sangat memahami bola sepak, apatah lagi meminati bola sepak . setiap perkataan yang disebutnya dalam merencana taktik dan strategi pasukan kami amat bernas . percaya la. aku pon salute setiap ayatnya . maklum la, orang berdedikasi . setiap kali aku nak pegi game bola atau apa2 , selalunya aku tumpang abang azam ja , ondeway tu ada la sembang strategi apa2 . =D
begitulah kisahnya my coach . hehehehe .


tidak dilupakan , pasukan aku jugak mempunyai penyokongnya yang tersendiri , hehehe .buat masa ni penyokong kami hanya penduduk taman perumahan ja lah . lepas2 ni , taktau la . hehehe . petang tadi ada la sempat tangkap gambar penyokong . =D nak tengok x ? hahahaha . 


hiraukan abang MAN yg kiri . banyak cakap dia tu . hahaha . tuuuu penyokong tetap tuu . terharu aku tengok tiap game ada . =')

hehehe... itu salah sedikit la dari penonton yang ada. sebenarnya ramai lagi . =D
tapi antara yang paling selalu aku tengok , yang kiri sekali tu . pakcik tu pernah baiki paip rumah aku . hehehe .

tapi . . . .

tak lama lagi aku akan meninggalkan kelab ini sebab aku nak sambung belajar . =( 
game liga bagan banyak yang aku akan miss . baru main dua game . game first menang 3-0 .
petang tadi , menang jugak 3-1 . tapi petang tadi aku tak dapat main , sebab buku lali kaki kiri aku bengkak sebab main futsal petang . sebenarnya bukan aku tak jaga kaki, tapi apa boleh buat , main sikit2 ja nak bagi peluh petang , nasib tak menyebelahi , kaki kiri kena jack . oh man .

 ni nak bgtau la sikit pasal petang tadi , sebenarnya aku boleh main , dan memang nakk sangat main , tapi dalam masa yang sama aku kena berjaga-jaga jugak , sebab takut jadi apa2 . lagipun ahad ni aku ada interview mara kat Seremban , so sebab nak menjaga kepentingan masing-masing , aku decide taknak main petang tadi . alhamdulillah menang . =)

rasanya , tulah kot sedikit pasal petang tadi dan mengenai pasukan TKB XXORA FC ni .
banyak lagi nak cita sebenarnya , tapi malas laa . hehehehe .

apa2 info , boleh la tengok dan like page FB ni . 


nak promote la konon . hahaha .
apa2 pon , lepas ni bila aku dah pegi tempat lain study , aku harap sangat aku dapat sambung karier aku dalam bola sepak ni di samping menyokong pasukan kelab pertama aku main ini .
sedih dan sayu la plak . =D rasanya cukop lah . Sekian ~

#gambartambahan



jersey dan logo . 


jersey away


posing masa half time


depan kamera buat2 sentuh bola .

No comments:

Post a Comment