Interview MARA di Kolej Mara SEREMBAN

Bismillah ,

Assalamu'alaikum ~ baru balik dari Selangor ni, letih woo . balik2 terus update blog . hehehe . so , tanpa cakap banyak , ayuh mula .... !

Setelah dijemput untuk hadir ke interview mara di Seremban , mula-mula rasa jauh plak , maklum la , teman ni stay penang . so nak pegi sana memang la teramat jauh . tapi , tiada yang menghalang , sebab hujung minggu tu pun memang nak pergi ke Rawang pon sebab nak hantar kakak masuk kerja kat sana . erk . tak nak cerita pasal tu . so pada tengahari sabtu , bertolaklah kami ke Rawang untuk melaksanakan dua tugas iaitu  interview aku dan my sister kerja kat sana . ummmmmm .

dalam kereta ! 

setelah sampai di Rawang , kami semua tidur di sana, iaitu rumah mak long kami hohoho . pada paginya , setelah bangun subuh , aku sambung tidur balik , letih sangat dan bangunlah aku pada pukul 10 pagi . kemudian , aku mandi dan berpakaian lengkap pakaian sukan yang mana ketika tu aku tak tahu apa sebab utama kena pakai pakaian sukan . lepas ni anda akan tahu dan anda tak akan faham . =D

dalam perjalanan , punya la nak cerita ni , Kolej Mara Seremban tu aku tak pernah pergi , so terpaksalah menggunakan khidmat GPS , malangnya , GPS sebenarnya tak membantu langsung . walaupun TIGA GPS dipasang , tapi semuanya karut , serius tak tipu . dan konklusinya , SESAT . kahkahkah . kalau ikut surat , kena la sampai dalam pukol 1.30 macam tu , tapi last2 kami sampai kat sana pukul 1.46 lebih kurang .

*baru nak mula (tiada gambar selepas ni , semua coretan )

sampai ja kat sanaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~
main point mula2 ingat nak mendaftar lah . tapi ramai sangat . hehehe . tapi aku lek2 je . dengan semua pakaian sukan,aku curious , dan bercakap dalam hati ...

"alamak , memang semua pakaian sukan la , nak buat ujian kecergasan ke interview mara tahun ni ? "

hahahahaha . tepat pukol 2 , aku masuk ke dewan slow2 dan mendapat tag nama I10 . iaitu group I , orang ke 10 . last . -___- .  haha takpa lah , aku pun mencari meja yang group aku . tudiaaa . ada kat hujung tuu . 4 laki , 6 pompuan . itulah bilangan ahli kumpulan I . so tanpa dapat sebarang arahan apa2 , kami pon berkenalan la . sembang sana sembang sini . mostly orang utara . dan ada lah 2 orang dari selangor kotkotkot . =D

bagi yang laki aku nampak sporting je , sembang2 macam tu je grup aku ni , tapi yang pompuan ni aku ada masalah skit , biasa la , awkward sangat2 yang teramat la dengan diorang , ntah mengapa . btw, ada gak yang comel 2 orang , SEKALI PANDANG . hohohoho , ke situ plak pegi .tapi, tak tengok dah kali kedua . er, satgi boleh tengok la gambar diorang k. boleh judge sendiri . hehehe . arhhh ! apa ni . apa ni . maaf ya kawan .

sesudah berkenalan , tiba la ada sedikit taklimat , untuk pendaftaran . maka pergilah mendaftar sorang2 . dah habis mendaftar, kami tunggu la sekejap dalam aircond yang sejuk level Ice Age 3 . hehehe . sejuk weyyy . sejukkk ! tapi lega la sikit , group kami kena panggil awal untuk memulakan interview kami yang masih dalam misteri apakah isi kandungannya . seterusnya , kami keluar la satu group menghala ke atas , dan waktu tu kami selisih dengan orang2 yang dah habis aktivitinya , dan apa yang aku tengok ....

tak BERPELUH pon .

hahaha , kenapa tak berpeluh ? >_< arrhh ~ dan naik la kami ke satu tingkat , maka terpampanglah 3 bilik interview yang sangat jelas , bukan ujian fizikal , tapi interview macam biasa tapi lebih enjoy . hahaha . 'enjoy' .. nak tau tak sebab apa enjoy ?  hehehe .

dari apa yang aku tengok , sebenarnya ada 3 bilik kat situ dan isi biliknya ialah :

1 . Bilik Planning & Teamwork .(kena)
2 . Bilik Solving Problems. (kena)
3.  Bilik Debate . (tak kena, tak tahu pon , tapi nampak gaya macam tu )

soooooo .
yang pertama aku kena yang no 1 tu .
masuk je , kami 10 orang dipecahkan kepada 2 kumpulan dan jadi laa 5-5 . apabila duduk je atas meja , apa yang kami nampak ialah lidi , surat khabar , tali , gunting , ribon dan lain-lain . dan aku pon memulakan la analisis dalam otak . ni mesti buat layang-layang ni . hahahahahahahaa . so tanpa menunggu masa yang lama , lecturer yang jaga interview pon suruh la kami buat layang-layang seperti yang dijangkakan . dan dia suruh kami terbangkan dalam bilik tu . LOGIK tak ? logik ! ! !

so , kami 5 orang pon mulakan bincang nak buat macam mana layang2 tu . mula2 sembang la utara , "ni nak habaq kat hang , layang2 kena buat bentuk T tautau , takkan hang taktau kot" . (konon) . hahahaha . maka jadi la satu lawak apabila si lecturer menegur kami .....

"to be remind that your conversation should be in ENGLISH"

hahaha , ye tak ye ! lupaaa . maka semua mula lah speaking english , aku pon lebih kurang jugak bantai english HBO aku . kahkahkah . yang pastinya , dalam group ni , kita kena la ambil bahagian dalam perbincangan , jangan jadi PENUMPANG . tautau . kalau tak memang K.O. la . hehe , so layang2 yang kami buat berbentuk T(t) kecil , dibalut dengan surat khabar dan mempunyai ekor . untuk memenarikkan lagi idea anda agar menarik perhatian juri , buat la seni lipatan atau sesuatu yang lain dari lain yang kamu tak pernah buat . kasi RARE sikit . =D

so apabila dah siap, kami kena terbangkan layang2 tu dalam bilik tu . mula2 , kami biarkan kumpulan sana dulu buat , dia buat layang2 besar gilaaa , tapi comel . hehehe . dan boleh terbang . waw ! so lepas tu plak , kami plak nak bagi terbang , hehehe , ingatkan takleh terbang , rupanya boleh . hahahahahaha . jangan terkejut tau . sebab apa yang kami kata 'terbangkan' tu cuma lari2 anak comel2 gituuu sambil usung layang2 . itu saja . bukan terbang seperti yang anda bayangkan dalam 2 perenggan sebelum ni . hehehe .

selepas tuuu . bila dah habis , dia tanya 1 soalan dan kami kena jawab . soalannya berbunyi ..

"Why do you think you should get MARA scholarship, give the answer in one sentence ? "

hahahahahaha.
pandai2 la jawab . buboh je apa2 , asalkan YAKIN ... dan habis la sesi pertama kamii... letih ohhh letih ....

selepas tu , kami bergerak untuk sesi kedua , rasanya sesi kedua ni agak best jugak , tapi biasa2 je lah , dia lebih kepada self-confidence gituu ..... maka apabila kami masuk ke dalam bilik tu , kami diberikan sekeping kertas , maka kawan yang comel tu pergi la amek dan membacanya . dalam kertas tu , kami diberikan 1 masalah yang harus kami selesaikan secara berkumpulan dan mencapai satu kata sepakat yang kukuh . dan harus ingatkan sekali lagi , jangan sesekali jadi PENUMPANG , cakap la banyak2 mana pun , jangan risau , itu kebaikan sebenarnya . dan apabila habisnya perbincangan , sorang akan membentangkan hasilnya dan habis satu perkara ..

seterusnya , lecturer memberikan kami 1 soalan analogi yang mencabut hatiku kerana kami harus memberi jawapan secara individu. hehehehe. tapi itu biasa , ketaq tu perkara biasa. . soalannya berbunyi .... aku translate melayu la oke ..

" kerajaan mengambil keputusan untuk memberikan jarum percuma kepada penagih dadah agar tidak berkongsi jarum supaya wabak HIV dapat dikurangkan, wajar atau tidak ? berikan sebab ."

lebih kurang macam tu la bunyinya , hehehe , maka jawab la sorang demi sorang , termasukla akuuu . diingatkan, suara mesti la lantang dan jelas . pastikan pendapat anda sangat hebat dan kalau boleh , jangan sama dengan orang lain . kalo tak boleh sangat pun , jawab la awal2 agar tak bertindih . =D then , habisnya sesi menjawab tu , kami diberikan sekeping borang penilaian untuk menilai tahap sekian2 bla3 yang ada kena mengena dengan diri sendiri tu . hahaha tak ingat la .dalam borang tu , kita diminta memberikan markah berkenaan leadership rakan2 kita dan jugak diri kita .

dan maka dengan itu , tamatlah interview mara kami . =D sekian .

tapi tak habis lagi , aku ada janji sesuatu kan ? hehehehehehehehe . jap tau .


perhatikan kami . aku kat belakang tu . muka sedih je . muka plak kena cut . =D

so , takat tu je lah rasanya pembebelan aku , dengan harapan kami satu kumpulan dapat mencapai apa yang kami mahukan dalam hidup sebagai seorang manusia di bumi Allah ini . All The Best ! Sekian . Wallahu Aa'lam ~

*apa2 komen untuk sebarang pertanyaan .



No comments:

Post a Comment